BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 30, 2010

Aku dan IPG


Dalam diam, tidak lama lagi aku bakal menginjak masuk ke dunia ijazah. Tiada lagi kongkongan persediaan. Cuma, sedikit seksa dengan karenah semasa. Sekali lagi, aku berada di samping dengan rakan-rakan yang sangat istimewa dalam hidupku.

Sahabat J3
"Pewaris Bahasa Peneraju Bangsa"

Moto kami dilihat seperti gagah di puncak persada. Idea yang kuserlahkan. Memang. Kami pelajar jurusan Bahasa Melayu. Bagiku, pembitaraan Bahasa Melayu adalah tanggungjawab kami. Siapa lagi yang hendak martabatkan bahasa sendiri kalau bukan guru Bahasa Melayu sendiri dan bangsanya? Kelasku terdiri daripada 19 orang. 8 daripadanya satria. 11 yang lain serikandi. Ikutkan angka sebenar, hampir 21 isinya. Namun, masalah yang timbul, yang lain tak dapat teruskan perjuangan.

11 orang serikandi J3


7 orang satria J3
(seorang lagi Hasif - ambil gambar)

Begitulah kami. Kehidupan di IPG, saling tak tumpah seperti sebuah keluarga. Bapanya Ketua Unit. Ibunya Penolong Ketua Unit. Yang lain, bertindak sebagai anak-anak. Sepanjang lima tahun setengah inilah, kami sebumbung meneruskan pengajian. Kemudian, bermulalah legasi kami sebagai seorang guru, dengan izin-Nya, Insya Allah.

Nilai keakraban kami...

Akhirnya, doa kepada Allah akan sentiasa mengiringi persahabatan kita agar berkekalan sehingga akhir hayat kita. Semoga Allah merahmati perhubungan kita sebagai seorang sahabat, pendidik serta yang penting sebagai hamba Allah yang sentiasa komited dengan ibadah dan kerjaya. Amin.


Salam Ramadan
















Salam Ramadan buat semua...